AGENDA

Permohonan pencarian ikon Agro Selangor dibuka hari ini

19 Okt 2021, 1:10 AM
Permohonan pencarian ikon Agro Selangor dibuka hari ini

TANJONG KARANG, 19 OKT: Permohonan pencarian ikon Agro Selangor dibuka bermula hari ini hingga 24 Oktober, kata EXCO pemodenan dan asas tani.

Ir Izham Hashim berkata peserta memenuhi kriteria akan dipilih dalam saringan awal untuk menjalani proses penilaian sebelum ikon tersebut diumumkan pada 15 November .

Pemilihan ikon edisi kedua itu terbahagi kepada lima kategori iaitu tanaman, penternakan, akuakultur, industri asas tani dan agro pelancongan.

"Peserta perlu mengisi borang pencalonan lengkap di Google Form dan memberikan butiran mengapa pencalonan itu wajar dipertimbangkan. Permohonan daripada pihak ketiga juga dibenarkan.

"Urusetia akan membuat rakaman video bagi setiap peserta terpilih dan dipaparkan di Facebook, Youtube serta Instagram Agro Selangor. 50 peratus undian melalui saluran rasmi Facebook manakala selebihnya jawatankuasa pertanian Selangor," katanya.

Ir Izham berkata demikian pada program penyerahan bantuan Pakej Kita Selangor 2.0 kepada kebun komuniti di Dewan Terbuka Taman Sri Setia di sini semalam.

Jelas beliau, setiap ikon akan menerima bantuan kelengkapan pertanian dan wang tunai berjumlah RM10,000 termasuk sijil.

"Ikon terpilih akan menjadi duta kecil untuk sektor pertanian Selangor selain membimbing agropreneur yang baharu berkecimpung dalam pertanian.

"Mereka juga akan dipantau dan diaudit jawatankuasa pertanian Selangor selama dua tahun," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619