AGENSI

Majlis konvokesyen Kuis secara fizikal 1 Disember

18 Okt 2021, 5:55 AM
Majlis konvokesyen Kuis secara fizikal 1 Disember

SHAH ALAM, 18 OKT: Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) ke-23 dan 24 diadakan secara fizikal pada 1 hingga 6 Disember 2021 serta 24 hingga 29 Januari 2022.

Pemangku Rektor Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata majlis berkenaan berlangsung di Pusat Konvokesyen Kuis selepas mendapat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan.

"Penangguhan Majlis Konvokesyen ke-23 pada Ogos 2020 adalah disebabkan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

"Majlis konvokesyen ini akan dilaksanakan secara fizikal yang hanya melibatkan graduan sahaja," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Kuis mengambil langkah proaktif dengan memastikan pelaksanaan majlis mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan graduan.

Seramai 2,407 graduan akan terbabit pada Majlis Konvokesyen ke-23 dan 2,178 graduan lagi pada Majlis Konvokesyen ke-24. Secara keseluruhan seramai 25,469 orang graduan telah dilahirkan Kuis sejak 1998 hingga 2021.

Pra graduan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Majlis Konvokesyen Kuis menerusi portal e-konvo http://ekonvo.kuis.edu.my atau layari laman sesawang www.kuis.edu.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619