AGENDA

Pelitup muka, cecair pembasmi kuman untuk pelajar kekal patuh SOP

18 Okt 2021, 1:40 AM
Pelitup muka, cecair pembasmi kuman untuk pelajar kekal patuh SOP

SHAH ALAM, 18 OKT: Dato' Menteri Besar mengedarkan 100 pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7 di sini hari ini.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata serahan itu bagi memberi semangat kepada pelajar tingkatan lima yang memulakan sesi sekolah.

"Seperti kita sedia maklum hari ini permulaan sekolah bagi pelajar tingkatan lima dan mereka antara yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama sahaja lagi.

"Saya harap dengan serahan ini sedikit sebanyak membantu pelajar dan guru di sekolah ini...Semoga terus mematuhi SOP meskipun kita telah beralih kepada fasa empat PPN (Pelan Pemulihan Negara)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui ketika membuat tinjauan pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 di sini hari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Mohamad Isa Ishak turut berterima kasih dengan kehadiran Dato' Menteri Besar ke sekolah itu.

"Terima kasih kepada Dato' Seri Amirudin kerana hadir dan menyerahkan pelitup muka serta cecair pembasmi kuman kepada pelajar," katanya.

Terdapat lebih 2,000 pelajar SMK Seksyen 7 yang mana dua sesi pagi bagi tingkatan satu dan dua manakala sesi petang tingkatan tiga hingga lima.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619