SELANGOR

MB, ketua komuniti Taman Melawati luang masa bersama, bincang isu setempat

17 Okt 2021, 12:17 PM
MB, ketua komuniti Taman Melawati luang masa bersama, bincang isu setempat

HULU KELANG, 17 OKT: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bersama ketua komuniti Taman Melawati di sini hari ini bagi membincangkan isu setempat.

Dato' Seri Amirudin Shari mendengar pandangan wakil penduduk berhubung masalah infrastruktur di kawasan sekitar sepanjang hampir sejam pertemuan terbabit.

"Ada beberapa pertanyaan (daripada ketua komuniti) berkenaan pembangunan di kawasan setempat khususnya (pembinaan) jalan, keselamatan, isu Bukit Tabur dan kawasan sekitar.

"Saya sudah jelaskan secara tuntas kepada mereka berkenaan dasar dan hala tuju Kerajaan Negeri (berkaitan isu berkaitan)," katanya.

Pertemuan bermula jam 3 petang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia Abdul Rahim Kasdi dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak Eamy Mokhtar.

Terdahulu, Amirudin menyantuni penduduk di Kampung Orang Asli Batu 12, Gombak menerusi Program Jelajah Prihatin Dato' Menteri Besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619