AGENDA

Kekal disiplin, patuhi SOP meski beralih fasa empat PPN

17 Okt 2021, 8:41 AM
Kekal disiplin, patuhi SOP meski beralih fasa empat PPN

GOMBAK, 17 OKT: Dato' Menteri Besar menasihatkan masyarakat kekal berdisiplin mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) meskipun Selangor beralih ke fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tidak mustahil kes Covid-19 boleh kembali meningkat jika ada segelintir pihak berterusan melanggar SOP.

"Sekiranya disiplin 'koyak' kita akan ulangi kesilapan yang mungkin boleh menjemput perebakan baharu malahan hospital juga kembali terbeban.

"Justeru, kita perlu beringat apabila negara bakal beralih daripada fasa pandemik kepada endemik kita harus melupakan kehidupan sebelum ini dan fokus ke arah disiplin menjaga SOP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kampung Orang Asli Batu 12 pada Program Jelajah Prihatin Dato' Menteri Besar ke Perkampungan Orang Asli Gombak di sini hari ini.

Amirudin turut menggesa masyarakat membiasakan diri dengan norma baharu iaitu memakai pelitup muka, kerap cuci tangan, menjaga jarak dan mengambil vaksin.

Pada 15 Oktober, perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka akan beralih daripada fasa tiga kepada fasa empat pelan pemulihan berkuat kuasa Isnin ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619