AGENDA

Tubuh kesatuan bela 15,000 penggiat p-panggilan di Selangor

16 Okt 2021, 9:21 AM
Tubuh kesatuan bela 15,000 penggiat p-panggilan di Selangor

SHAH ALAM, 16 OKT: Kerajaan Negeri akan membantu menubuhkan persatuan menggabungkan penghantar makanan dan barangan (p-panggilan) untuk menjadi platform kebajikan golongan itu.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata wujud keperluan mewujudkan gabungan itu kerana 15,000 individu terbabit dalam sektor ekonomi sampingan berada di Selangor.

"Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan menjadi penyelaras bagi menyampaikan permasalahan dan aduan penggiat p-panggilan kepada kerajaan persekutuan yang menggubal undang-undang.

"Kesatuan ini akan menjadi platform untuk membincangkan kebajikan kumpulan itu," katanya ditemui selepas majlis penyerahan insentif program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Jalan Kebun, dekat sini, hari ini.

Kerajaan Selangor melancarkan program RiDE untuk membantu penghantar makanan yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta untuk program tersebut dengan sasaran 3,000 peserta.

Pada 16 Ogos, Kerajaan Negeri bersetuju memperluas program RiDE kepada individu berusia 30 hingga 40 tahun berikutan ramai penghantar makanan peringkat usia tersebut terjejas pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619