AGENDA

Nahas jalan raya meningkat setiap kali beralih fasa PKP

16 Okt 2021, 6:20 AM
Nahas jalan raya meningkat setiap kali beralih fasa PKP

SHAH ALAM, 16 OKT: Jumlah nahas jalan raya seluruh negara meningkat setiap kali peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu, kata pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

Datuk Mat Kasim Karim beberapa fasa PKP yang dilaksanakan termasuk PKP 1, PKP 2 dan PKP 3, selain Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), lapor portal Berita Harian.

Jelas beliau, kenderaan dipandu terbabas sendiri, kecuaian dan cubaan memotong atau tukar laluan antara punca kemalangan maut berlaku.

"Saya mengambil data bagi pelaksanaan PKP 1 yang merekodkan sebanyak 5,948 kemalangan, membabitkan 51 kemalangan maut dan 58 kematian, manakala PKP 2 pula mencatatkan 4,693 kemalangan meliputi 54 kemalangan maut serta 56 kematian.

"Bagi tempoh PKP 3 pula, sebanyak 6,011 kemalangan direkodkan, membabitkan 63 kemalangan maut dan 65 kematian, manakala ketika PKPP pula, sebanyak 102,240 kemalangan dilaporkan dengan 835 kemalangan maut serta 907 kematian," katanya

Susulan itu, Mat Kasim berkata tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan bagi menentukan kepatuhan pengguna kepada peraturan serta undang-undang jalan raya, sekali gus mengurangkan kes kemalangan termasuk kemalangan maut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619