EXCO

Program Halal Suri bantu tingkat pendapatan suri rumah

16 Okt 2021, 5:09 AM
Program Halal Suri bantu tingkat pendapatan suri rumah

SHAH ALAM, 16 OKT: Kerajaan Negeri bakal melancarkan program Halal Suri untuk membantu suri rumah meningkatkan pendapatan dalam bidang makanan sejuk beku halal pada 14 November depan.

EXCO industri halal berkata seramai 60 peserta berpendapatan bawah RM2,000 akan dipilih menyertai projek rintis yang dilaksana dengan kerjasama Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).

"Program ini sebahagian usaha pemberdayaan wanita dalam bidang makanan sejuk beku yang mempunyai potensi besar kerana mendapat permintaan tinggi.

"Kita turut menyediakan geran RM2,000 kepada peserta," kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika ditemui selepas majlis penyerahan insentif RiDE DUN Sungai Kandis di Jalan Kebun, dekat sini hari ini.

Selain Halal Suri, inisiatif pemberdayaan wanita oleh Kerajaan Selangor turut membabitkan program seperti Hasil Suri Selangor (HaSSel).

HaSSel merupakan landasan bagi usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wanita memperkenalkan produk bagi tujuan komersial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619