AGENSI

Sidec lancar Top ECM edisi keenam, hargai peniaga e-dagang

16 Okt 2021, 12:54 AM
Sidec lancar Top ECM edisi keenam, hargai peniaga e-dagang

SHAH ALAM, 16 OKT: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancar anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant (Top ECM) 2021 edisi keenam dengan sokongan Affin Bank Berhad sebagai penaja utama.

Agensi berkata cara yang dilancarkan secara maya oleh EXCO industri dan perdagangan Dato’ Teng Chang Khim bertujuan memberi penghargaan kepada peniaga e-dagang tempatan yang paling berjaya, kreatif dan inovatif.

"Pedagang yang mengambil bahagian dapat memanfaatkan peningkatan pengiktirafan dan berpeluang meningkatkan penamaan jenama mereka di dalam industri.

"Peserta tahun ini berpeluang untuk memenangi Online Sales Contest yang akan berlangsung dari 3 sehingga 16 November. Sebanyak 200 syarikat disasarkan untuk menyertai pertandingan tahun ini," katanya dalam kenyataan.

Selain Online Sales Contest, Sidec berkata Livestream Contest akan dipertandingkan sebagai kategori baharu untuk menggalakkan peniaga tempatan memanfaatkan kaedah "live stream" untuk menjual produk.

Sementara itu, Chang Kim dalam ucapan pelancaran berkata banyak sektor didapati menghadapi pelbagai kesukaran disebabkan oleh pelbagai sekatan yang mengehadkan operasi perniagaan termasuk peniaga e-dagang.

“Bagaimanapun, saya gembira melihat ramai peniaga mengambil segala peluang sedia ada untuk terus memajukan perniagaan mereka dan kembali teguh melalui inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan

Negeri," katanya.

Anugerah Malaysia Top E-Commerce Merchant mula diperkenalkan pada 2016 dengan penyertaan hanya seramai 60 peniaga e-dagang. Pada 2019, peserta yang disenarai pendek adalah peserta yang menerima 200 pesanan atau membuat jualan lebih daripada RM50,000 sebulan.

Manakala untuk peserta yang disenarai pendek pada 2020, kriteria mereka direndahkan kepada 100 pesanan atau memperoleh jualan sebanyak RM25,000 sebulan. Penurunan syarat kelayakan ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai peniaga kecil untuk sertai pertandingan ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619