EXCO

EXCO: Perluas fasa ketiga program Grow, tambah kursus mekanikal

15 Okt 2021, 1:02 PM
EXCO: Perluas fasa ketiga program Grow, tambah kursus mekanikal

SHAH ALAM, 15 OKT: Fasa ketiga program bimbingan perniagaan (Grow) di bawah Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) dilaksana dalam masa terdekat.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata fasa selanjutnya itu akan diperluas dengan tambahan kursus mekanikal dan forklift.

"Penambahan kursus ini mampu meningkatkan pendapatan dan mengisi peluang pekerjaan kerana perniagaan tidak terhad kepada makanan dan minuman sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan sijil penghargaan dan bantuan peralatan perniagaan kepada 30 peserta fasa kedua Grow yang menamatkan kursus tiga bulan di Foyer SUK di sini hari ini.

Kesemua peserta tersebut menjalani kursus dalam bidang iaitu fotografi, urutan dan penyelenggaraan penghawa dingin.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri Morib Hasnul Baharuddin dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr G Gunaraj.

Rodziah berkata pihaknya juga menggalakkan peserta yang menyertai kursus mewujudkan syarikat bersama atau bekerja dengan syarikat peneraju.

"Mereka digalak membuka syarikat bersama peserta dan apabila mempunyai kemahiran asas dan mahu menambah beberapa peralatan serta modal, kita akan berikan,"katanya.

Program Sitham dilancarkan pada September 2019 menumpukan usahawan yang komited memajukan perniagaan dengan diberi bimbingan, geran dan peralatan perniagaan.

Empat program keusahawanan ditawarkan iaitu latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, program bimbingan perniagaan (Grow) dan program bantuan peralatan perniagaan (Geran).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619