AGENSI

Selangor Fruit Valley jual sayur serendah RM2 mulai esok

15 Okt 2021, 10:37 AM
Selangor Fruit Valley jual sayur serendah RM2 mulai esok

SHAH ALAM, 15 OKT: Mulai esok Selangor Fruit Valley (SFV) akan menjual hasil sayur-sayuran kepada orang ramai dengan harga serendah RM2.

Pengurus pemasarannya berkata sayur-sayuran yang ditawarkan itu lebih segar berbanding pasaran kerana diambil terus dari ladang SFV.

"Sebelum ini SFV hanya menjual buah-buahan, namun kali ini ada pertambahan baru dengan jualan sayur-sayuran berharga RM2 bagi setiap pek.

"Jualan ini dilakukan setiap hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 6 petang," kata Nor Rashidah Mohamed Raihan ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya antara sayur-sayuran yang dijual ialah bendi, timun, terung, cili, halia, kobis, lobak, limau kasturi, kacang panjang dan peria.

SFV dibuka semula 2 Oktober lepas selepas ditutup sementara selama seminggu mulai 25 September bagi penyelenggaraan dan kemas kini tatacara operasi piawai (SOP).

Harga tiket yang ditawarkan adalah RM15 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan warga emas manakala warga asing tiket dewasa berharga RM30 dan kanak-kanak RM25.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 016-6880792 selain e-mel support@pkps.gov.my atau selangorfruitsvalley@gmail.com.

SFV melibatkan kawasan seluas hampir 1,000 hektar mempunyai 20 jenis buah-buahan antaranya belimbing, durian, mangga, jambu batu, nangka, pulasan dan anggur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619