AGENDA

Gmie Screen terharu terima bantuan, bergantung hidup duit simpanan

15 Okt 2021, 3:07 AM
Gmie Screen terharu terima bantuan, bergantung hidup duit simpanan
Gmie Screen terharu terima bantuan, bergantung hidup duit simpanan

KUALA LANGAT, 15 OKT: Vokalis kumpulan Screen, Gmie berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI atas kesudian menghulurkan bantuan.

Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52, yang menghidap penyakit nefrotik sindrom sejak tahun lalu menyifatkan bantuan diterima itu mengeratkan hubungan satu sama lain.

[caption id="attachment_491816" align="alignleft" width="250"] Hajmi Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Gmie[/caption]

"Alhamdulillah, keprihatinan dalam membantu semakin tinggi dan saya bersyukur ada sudi tampil. Ramai hadir membantu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) setelah tahu saya sakit.

"Kini karier nyanyian terhenti dan bergantung kepada wang simpanan sepanjang saya bekerja lebih 30 tahun serta anak-anak," kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Terdahulu MBI diketuai Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ahmad Azri Zainal Nor tampil menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 dan bakul makanan kepada Gmie di kediamannya di Sijangkang di sini..

Menceritakan lanjut, Gmie yang pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza berkata beliau hanya mengetahui menghidap penyakit itu ketika berasa lemah pada kaki.

"Ketika itu, kaki lemah dan tidak boleh bergerak, apabila bergerak dan hendak naik tangga susah serta berat.

"Saya pergi ke hospital dan terus ditahan di wad. Ini adalah ujian diberikan Allah dan saya reda serta menerima seadanya selain sedang mendapatkan pelbagai rawatan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619