AGENDA

MBI hulur wang tunai, makanan kepada bekas vokalis kumpulan Screen

15 Okt 2021, 12:11 AM
MBI hulur wang tunai, makanan kepada bekas vokalis kumpulan Screen

KUALA LANGAT, 15 OKT: Nasib vokalis kumpulan Screen, Gmie yang kini menghidap sindrom nefrotik mendapat perhatian Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

MBI dalam lawatan ke kediaman Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim, 52 di Sijangkang di sini, menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,000 dan bakul makanan.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berkata pihaknya mengetahui keadaan menimpa Gmie ketika memberikan bantuan kepada vokalis kumpulan rock terkenal XPDC, Ali September lalu.

"Gmie menghidap penyakit ini sejak tahun lalu dan Alhamdulillah kita dapat membantu seorang lagi artis dalam meringankan beban mereka sekeluarga.

"Ini merupakan artis keenam kita bantu menggunakan peruntukan di bawah kategori musibah," kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Ahmad Azri memaklumkan MBI bakal bekerjasama dengan Tourism Selangor dalam program melibatkan bantuan kepada artis.

"Buat masa ini kita menunggu kertas kerja daripada mereka dan bantuan yang bakal diberikan menggunakan peruntukan seni dan budaya.

"Sebelum ini, bantuan seni dan budaya ini dimulakan dengan program buskers di beberapa kompleks membeli-belah,"katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619