AGENDA

MB: Naik taraf aset kritikal siap lebih awal, capai lebih 76 peratus

13 Okt 2021, 8:45 AM
MB: Naik taraf aset kritikal siap lebih awal, capai lebih 76 peratus

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di loji rawatan Sungai Selangor Fasa 1 siap lebih awal daripada jadual asal, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja baik pulih berada pada tahap 76.4 peratus setakat jam 3 petang ini berbanding jangkaan awal 65 peratus.

"Saya dimaklumkan oleh Air Selangor bahawa kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset air berjalan lancar dan lebih awal dari jadual asal.

"Setakat jam 3 petang tadi telah mencapai tahap 76.4 peratus lebih awal dari jadual asal iaitu 65 peratus. Alhamdulillah," katanya di Facebook.

Beliau menambah kerja baik pulih dijangka siap malam ini dan bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mengikut jadual.

Orang ramai di wilayah Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor sebelum ini diminta menyimpan bekalan air secukupnya.

Pengguna di 998 kawasan boleh menyemak kawasan masing-masing dan bila bekalan kembali pulih di laman sesawang http://hentitugas.airselangor.com.

Dalam tempoh 13 hingga 16 Oktober, Air Selangor menyediakan kemudahan 18 pili awam dan 105 lori tangki ke premis penting seperti hospital, pusat dialisis dan pengebumian.

Empat stesen pengisian air setempat juga dibuka kepada pelanggan komersial untuk membeli bekalan menggunakan lori tangki.

Selain laman sesawang dinyatakan, maklumat terkini bekalan air boleh disemak di semua wadah komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619