AGENDA

HARAPAN: Selangor lebih awal laksana sistem FTTIS

13 Okt 2021, 8:00 AM
HARAPAN: Selangor lebih awal laksana sistem FTTIS

SHAH ALAM, 13 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berkata negeri itu lebih awal melaksanakan sistem FTTIS (kenal pasti, uji, kesan, kuarantin dan sokong) yang bakal dilaksanakan kerajaan persekutuan bagi mengawal penularan Covid-19.

Pengarahnya berkata Kerajaan Negeri lebih awal menyahut tuntutan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam melaksanakan sistem berkenaan melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), lapor Malaysia Gazette.

Azli Yusof menjelaskan walaupun agak terlewat, pihaknya menyambut baik langkah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu yang terbukti banyak membantu mengawal penularan wabak khususnya di Selangor.

“Data dan maklumat diperolehi FTTIS sangat berguna untuk mengenalpasti dan mengawal penularan wabak secara bersasar dan berkesan.

"Ia juga membolehkan kerajaan negeri melaksanakan program pemberian vaksin secara menyeluruh melalui program Vaksinasi Selangor (Selvax) kepada rakyat Selangor sekali gus membantu kerajaan persekutuan mencapai sasaran imuniti kelompok dengan kadar segera,” katanya.

Azli menambah Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) yang terdiri dari pakar perubatan berkaitan telah lama mendesak, memberi nasihat dan advokasi agar KKM memberi keutamaan dalam melaksanakan FTTIS dengan kadar segara.

Ahad lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata KKM bakal melaksanakan sistem yang dapat digunakan sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Katanya, sistem yang dituntut WHO itu akan mengurangkan masa antara mereka yang didapati positif Covid-19 sehinggalah menerima rawatan atau pemantauan daripada KKM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619