AGENDA

Pakar cadang kerajaan perbanyak saringan kesan penyakit mental

13 Okt 2021, 7:12 AM
Pakar cadang kerajaan perbanyak saringan kesan penyakit mental

SHAH ALAM, 13 OKT: Pakar psikologi mencadangkan kerajaan memperbanyakkan saringan bagi mengesan penyakit mental yang semakin serius kesan akibat penularan Covid-19.

Dr Fauziah Mohd Saad berkata ramai terkesan dengan penyebaran wabak seperti menghadapi masalah kewangan kerana hilang kerja dan terlalu lama berkurung dalam rumah menyebabkan tekanan sehingga timbul hasrat membunuh diri.

Sehubungan itu, menurutnya, ujian kesihatan mental perlu ditingkatkan supaya langkah pencegahan dapat diambil bagi membantu individu terjejas dan menyediakan data tepat mengenai permasalahan berkenaan.

"Melalui saringan kita akan dapat data dan statistik pesakit, maka kita boleh tuju sasaran individu perlu mendapat rawatan.

"Pada masa sama, platform rawatan perlu diperbanyakkan seperti pusat dan tele kaunseling," kata pakar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam program bual bicara Kesihatan Mental: Hapus Stigma, Bantu Segera di Facebook Media Selangor malam tadi.

Fauziah berkata masyarakat juga harus memainkan peranan dengan menyokong keluarga atau rakan menghidap masalah mental bagi mengelak perkara lebih buruk.

"Sentiasa peka perubahan sikap dan tingkah laku seseorang, bantu mereka hubungi pusat rawatan kerana mereka tidak mampu melakukannya," katanya.

Jelasnya, majikan juga boleh membantu dengan menyediakan kaunselor dan memberi tugas bersesuaian sehingga pekerja terbabit pulih bagi meringankan beban dihadapinya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619