AGENDA

700 khidmat kaunseling bantu atasi tekanan akibat pandemik

13 Okt 2021, 3:02 AM
700 khidmat kaunseling bantu atasi tekanan akibat pandemik

SHAH ALAM, 13 OKT: Dianggarkan 700 khidmat kaunseling berkaitan kesihatan mental diberikan Pusat Kaunseling Selangor Talian Sahabat (PKS-TS) sejak penularan Covid-19 hingga September lalu.

Sesi dibuat secara maya antaranya menerusi WhatsApp dan Telegram sebagai langkah pencegahan serta bantuan awal kepada individu terbabit, kata penyelarasnya Rinatho Nunchi.

"Kita memberikan khidmat kaunseling secara percuma dan mengalu-alukan mereka menghadapi masalah mental mendapat bantuan," katanya dalam program bual bicara di Facebook Media Selangor malam tadi.

Susulan peralihan ke fasa endemik, Rinatho berkata khidmat sokongan dibuat secara bersemuka sejak awal bulan ini di Kompleks PKNS di sini selain cawangan Sepang, Selayang dan Subang Jaya.

"Kaedah bersemuka ini membolehkan kami memberi bantuan lebih lanjut kerana dapat menilai individu berdasarkan pergerakan, maklum balas dan emosi," katanya menambah pusat itu dikendalikan 30 kaunselor bertauliah.

Pada 17 Ogos, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Selangor menawarkan khidmat nasihat kepada individu yang berdepan masalah tekanan mental melalui PKS-TS.

Beliau berkata inisiatif itu berikutan bimbang isu tekanan mental terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Mereka yang ingin mendapat bantuan boleh menghubungi talian 03 5519 0500 atau WhatsApp 013 300 9291 dan mengikuti Facebook Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619