AGENDA

Jelajah Selangor Bekerja mulai 23 Oktober, tawar 25,000 peluang kerja

12 Okt 2021, 6:57 AM
Jelajah Selangor Bekerja mulai 23 Oktober, tawar 25,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 12 OKT: Lebih 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang dijadual bermula 23 Oktober hingga 27 November.

Berlangsung secara hibrid, EXCO pembangunan generasi muda berkata hampir 200 syarikat menyertai siri jelajah di Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling.

Mohd Khairuddin Othman menjelaskan peluang pekerjaan ditawarkan meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan aeroangkasa.

"Program ini menjadi medan interaksi yang proaktif antara pencari kerja dan pemain industri selain memperincikan laluan kerjaya mengikut kecenderungan personaliti dan minat.

"Syarikat terlibat akan mendahulukan penglibatan dalam kalangan warga tempatan sekali gus mengurangkan kadar pengangguran di Selangor," katanya selepas majlis pelancaran di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Beliau berharap golongan graduan, penganggur dan individu kehilangan kerja supaya mengambil peluang menyertai program dengan mendaftar di laman sesawang www.selangorbekerja.com.my.

Menurutnya, anggaran masa pencari kerja semasa di ruang temu duga tidak lebih sejam selain perlu mempamerkan bukti vaksinasi lengkap serta mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera atau Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Berikut tarikh dan lokasi jelajah:

1. Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor (23 Oktober)

2. Stadium Tertutup, Kuala Selangor (30 Oktober)

3. Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu (6 November)

4. Dewan Demesne, Hulu Langat (13 November)

5. Dewan Meranti, Paya Jaras (20 November)

6. Dewan Jubli Perak, Pejabat SUK Selangor (27 November)

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619