AGENSI

Pekawanis santuni petugas Media Selangor, sumbang kit kesihatan

12 Okt 2021, 3:26 AM
Pekawanis santuni petugas Media Selangor, sumbang kit kesihatan

SHAH ALAM, 12 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) memperuntuk RM7,500 untuk bantuan kit kesihatan kepada 30 petugas media Kerajaan Negeri, Media Selangor Sdn Bhd.

Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhammad berkata kit itu mengandungi pelitup muka, oximeter, cecair pembasmi kuman, tuala, vitamin C dan pelindung muka.

"Kita selalu dengar petugas barisan hadapan terdiri dalam kalangan doktor dan polis tetapi kita tertinggal media juga antara golongan penting yang perlu dihargai.

"Terima kasih kepada kumpulan media dari Media Selangor yang sentiasa membuat liputan program Pekawanis dan pelbagai lagi untuk Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Penyerahan Kit Kesihatan Kepada Petugas Barisan Hadapan anjuran Pekawanis di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar di sini semalam.

Pada masa sama Masdiana berharap petugas media sentiasa tidak putus memberi sokongan dan liputan berhubung program Pekawanis.

"Insya-Allah selepas ini jika ada keperluan kita akan menganjurkan lagi program menghargai seluruh petugas barisan hadapan di negeri ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619