AGENDA

90.4 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

12 Okt 2021, 2:13 AM
90.4 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini melebihi 90 peratus iaitu 90.4 peratus atau 21,154,357 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,200,207 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 184,486 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam bagi golongan dewasa melibatkan 52,302 dos pertama dan 132,184 dos kedua.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 45,835,200.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 283,023 atau 9.0 peratus melengkapkan suntikan vaksin manakala 64.4 peratus remaja atau 2,310,495 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619