ADN

CAC Batang Kali pindah ke lokasi baharu mulai hari ini

11 Okt 2021, 2:25 PM
CAC Batang Kali pindah ke lokasi baharu mulai hari ini

SHAH ALAM, 11 OKT: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Dewan Orang Ramai Batang Kali dipindahkan ke Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bharu mulai hari ini.

Beroperasi setiap hari mulai jam 8 pagi, pemindahan itu hasil kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Batang Kali dengan pejabat daerah, pejabat kesihatan dan penghulu mukim.

Penyelaras DUN Saifuddin Shafi Muhammad berkata ia sekali gus mengakhiri keresahan penduduk sekitar dan ibu bapa di sekolah berdekatan.

"Terima kasih Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) yang memberi sokongan dan bantuan," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dalam poster dikongsi di platform sama, CAC di lokasi lama ditutup semalam bagi memberi laluan kepada proses perpindahan itu.

Orang ramai yang mempunyai kecemasan atau gejala bahaya boleh hubungi talian kecemasan 999.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619