AGENDA

Parlimen: Manfaat vitamin C rawat pesakit Covid-19, bukan hanya Molnupiravir

11 Okt 2021, 8:19 AM
Parlimen: Manfaat vitamin C rawat pesakit Covid-19, bukan hanya Molnupiravir

SHAH ALAM, 11 OKT: Kerajaan disaran memanfaatkan penggunaan vitamin C dalam merawat pesakit Covid-19 yang lebih murah selain ubat antiviral Molnupiravir.

Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail berkata kajian diterbitkan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (Jama) menyatakan keberkesanan merawat pesakit kategori satu dan dua dengan memberi lapan gram dos vitamin C.

Menurutnya hospital di Wuhan, China dan Australia turut dapat merawat pesakit wabak kategori empat dan lima dengan memberikan antara 25 hingga 60 gram dos.

"Ujian menggunakan vitamin C sangat murah tetapi tidak dilakukan...malah ada unit di Kementerian Kesihatan nasihat jangan ambil vitamin lebih 100 miligram, ini karut kerana tiada kajian kukuh mengenainya.

"Benda yang murah tetapi kita tidak pandang, tetapi bila keluar satu ubat belum jelas (Molnupiravir) dan mahal iaitu RM3,000 bagi satu pesakit, kita terus ambil," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan menandatangani surat akujanji pembelian ubat antiviral Molnupiravir bagi menambah pilihan rawatan inovatif baharu dalam melawan Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata melalui perjanjian bersama Merck Sharp & Dohme itu, kerajaan bersetuju membuat perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap bagi merawat pesakit wabak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619