AGENDA

Parlimen: Turun harga kit ujian kendiri antara RM5-RM10

11 Okt 2021, 6:05 AM
Parlimen: Turun harga kit ujian kendiri antara RM5-RM10

SHAH ALAM, 11 OKT: Ahli Parlimen Kuala Selangor mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling kit ujian kendiri Covid-19 pada kadar RM5 hingga RM10 seunit bagi membolehkan lebih ramai mampu membelinya.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu juga bagi menyokong strategi FTTIS (kenal pasti, pengujian, pengesanan, kuarantin dan sokongan) yang diperkasakan kerajaan untuk beralih dari fasa pandemik ke endemik.

Menurutnya, ujian kendiri memainkan peranan penting untuk memutuskan penularan wabak dalam fasa endemik dan hanya boleh dilakukan secara meluas sekiranya kit berkenaan mudah diperoleh.

"Sebab itu saya cadangkan harganya mesti kurang RM10...kalau dapat RM5, kit berkenaan boleh menjadi peralatan seharian kepada orang ramai.

"Contohnya sebelum keluar rumah apabila seseorang mendapati dirinya mempunyai gejala, dia boleh buat ujian kendiri dan terus buat laporan di MySejahtera," kata Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian pada perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) yang antaranya bertujuan meningkatkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketika ini, harga siling kit ujian kendiri RTK Antigen ditetapkan RM19.90 seunit bagi jualan runcit manakala RM16 satu set bagi harga borong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619