AGENDA

Wad hospital terbakar, 30 pesakit dipindah

11 Okt 2021, 2:01 AM
Wad hospital terbakar, 30 pesakit dipindah

SHAH ALAM, 11 OKT: Seramai 30 pesakit dua wad di Hospital Pantai di Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang dipindahkan susulan kebakaran malam tadi.

Seramai 20 kakitangan hospital terbabit turut dipindahkan namun tiada mangsa cedera dilaporkan, maklum pengarah bomba Selangor.

Norazam Khamis berkata seramai 13 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 malam.

"Bomba yang tiba di lokasi pada jam 11.42 malam mendapati kebakaran melibatkan bilik bernombor A60 dan A61, namun telah dikosongkan.

"Pasukan bomba menggunakan konsep 'receo' iaitu membuat kerja menyelamat, memindahkan pesakit dan kerja pemadaman," katanya.

Beliau berkata api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan operasi ditamatkan jam 12.57 pagi manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619