AGENDA

Malaysia catat 10,959 kes sembuh, 7,373 jangkitan baharu

10 Okt 2021, 12:45 PM
Malaysia catat 10,959 kes sembuh, 7,373 jangkitan baharu

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Malaysia mencatat kes sembuh Covid-19 sebanyak 10,959 kes, mengatasi angka kes baharu berjumlah 7,373.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata daripada 7,373 kes baharu Covid-19 itu, 98.2 peratus atau 7,240 kes adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

“Sementara 133 kes atau 1.8 peratus dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 hari ini, dua adalah kes import melibatkan masing-masing satu warganegara dan bukan warganegara, manakala 7,371 adalah kes tempatan membabitkan 6,991 kes atau 94.8 peratus warganegara sementara 380 atau 5.2 peratus bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata 762 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 410 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, sebanyak lapan kluster baharu dilaporkan dengan lima kluster komuniti dan masing-masing satu kluster tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan keagamaan.

Kelantan menjadi negeri dengan kluster baharu tertinggi iaitu sebanyak empat kluster komuniti.

Dr Noor Hisham berkata nilai kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.86 dengan negeri kadar Rt tertinggi adalah Perlis iaitu 1.10.

Menurut beliau, maklumat terperinci situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik di laman web COVIDNOW dengan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619