AGENDA

MB: Belanjawan 2022 tumpu pendidikan, bantuan Covid-19

9 Okt 2021, 12:00 AM
MB: Belanjawan 2022 tumpu pendidikan, bantuan Covid-19

SHAH ALAM, 9 OKT: Belanjawan 2022 menekankan usaha bagi menambah hasil, memfokus aspek pendidikan dan bantuan kepada penduduk terjejas akibat Covid-19

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri mahu memastikan belanjawan pada kali ini juga dapat menggerakkan sektor ekonomi.

"Kita cuba memenuhi keperluan penting yang kerajaan hendak bantu untuk kembalikan kehidupan rakyat selepas Covid-19

"Antara intipati bagaimana hendak menambah hasil, memfokus pendidikan dan bantuan terkesan akibat pandemik," katanya pada sesi Townhall Belanjawan 2022 di sini semalam.

Beliau juga memberi jamiman cadangan yang dibawa wakil rakyat di negeri ini dipertimbang untuk dimasukkan dalam belanjawan itu yang kini pada peringkat akhir.

"Kita dalam peringkat akhir dan ada dalam sebulan lebih lagi, sempat untuk aturkan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619