AGENDA

Polis guna kenderaan mewah hanya untuk pandu uji

8 Okt 2021, 2:58 PM
Polis guna kenderaan mewah hanya untuk pandu uji

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan membuat pandu uji kenderaan jenis BMW dan Volkswagen yang dilengkapi aksesori kenderaan polis bagi mendapatkan maklum balas berhubung kesesuaiannya digunakan dalam penugasan PDRM.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata pandu uji berkenaan ditawarkan oleh syarikat berkaitan sebelum sebarang keputusan penggunaannya oleh PDRM.

Beliau berkata PDRM menguji pandu lima unit kenderaan mewah melibatkan BMW M3 dan X3 serta Volkswagen Tiguan.

“Kenderaan berkenaan akan digunakan KDNKA, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik serta Cawangan Pengawal Pengiring dalam uji pandu selama dua minggu atau peringkat pembuktian konsep tanpa sebarang perjanjian atau urusan pembelian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PDRM sedia maklum kekangan kewangan yang dihadapi oleh kerajaan ketika ini dan tawaran yang diberikan oleh syarikat berkenaan adalah atas prinsip hanya untuk pandu uji.

Semalam, tular menerusi media sosial memaparkan lima unit kenderaan mewah dinyatakan lengkap dengan aksesori kenderaan polis sehingga menimbulkan tanda tanya tentang penggunaannya pada masa akan datang oleh PDRM.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619