SELANGOR

Unisel, tiga institusi antarabangsa meterai kerjasama tingkat aspek pendidikan

7 Okt 2021, 8:03 AM
Unisel, tiga institusi antarabangsa meterai kerjasama tingkat aspek pendidikan
Unisel, tiga institusi antarabangsa meterai kerjasama tingkat aspek pendidikan

SHAH ALAM, 7 OKT: Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga institusi pendidikan dari Brunei, Indonesia dan Thailand.

Pengarah Komunikasi Korporatnya Hasril Abu Hassan berkata institusi terlibat Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh (Indonesia) dan Thamavitya Mulniti School (Thailand).

"MoU ini bertujuan meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam aspek pendidikan membabitkan pelajar, kakitangan akademik termasuk aktiviti perkongsian ilmu dan penyelidikan.

[caption id="attachment_490614" align="alignleft" width="414"] Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman menandatangani Memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh (Indonesia) dan Thamavitya Mulniti School (Thailand) pada 6 Oktober 2021. Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

"Kita juga bermatlamat untuk beri pendedahan berhubung program pengajian yang ditawarkan selain memperkasa bidang kurikulum, pertukaran kursus dan menganjurkan persidangan pendidikan bersama," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

MoU yang dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari bermula kelmarin itu disempurnakan Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali diwakili Rektornya Dr Norarfan Zainal, Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri Tengku Dirundeng Meulaboh Indonesia diwakili Rektornya Dr Inayatillah dan Thamavitya Mulniti School diwakili Pengetuanya Razi Bensulong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619