AGENSI

Rebat, diskaun sewa antara usaha PREC bantu 537 peniaga terjejas

6 Okt 2021, 3:30 PM
Rebat, diskaun sewa antara usaha PREC bantu 537 peniaga terjejas

SHAH ALAM, 6 OKT: Seramai 537 peniaga dan penyewa premis PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 dibantu sejak tahun lalu.

Bantuan meliputi rebat sewa, diskaun sewa promosi bulanan dan Ramadan selain pengekalan kadar pembaharuan sewa dengan nilai keseluruhan RM8.2 juta.

Bahagian perhubungan korporatnya dalam kenyataan menyebut bantuan moratorium sebanyak 50 peratus turut diberikan mulai Jun hingga September.

"Namun, PREC berharap tunggakan lama sebelum 31 Mei diberi keutamaan untuk diselesaikan. Kita mahu pastikan pemulihan ekosistem perniagaan dalam kompleks perniagaan PREC dapat dijayakan," katanya.

Sementara itu, pemangku pengurus pusatnya berkata platform Bazaar Lokal disediakan bagi menggalakkan lebih ramai peniaga beralih ke arah digital seiring perubahan pasaran runcit.

Syahril Mohd Rashid menjelaskan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan individu atau persatuan untuk mencari idea menarik bagi memastikan penyewa kekal bersama PREC.

"Kita memerlukan penyewa dan begitulah sebaliknya. Sebab itu kita sedia bantu mereka jika mahu mengubah strategi atau menambah baik perniagaan agar masing-masing mampu bangkit semula," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619