AGENSI

Kompleks PKNS kembali meriah, majoriti premis mula operasi

6 Okt 2021, 9:52 AM
Kompleks PKNS kembali meriah, majoriti premis mula operasi
Kompleks PKNS kembali meriah, majoriti premis mula operasi

SHAH ALAM, 6 OKT: Majoriti perniagaan di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall kembali beroperasi selepas ditutup beberapa bulan akibat pandemik Covid-19.

Hasil jualan juga dilaporkan beransur meningkat susulan tambahan pengunjung ke pusat membeli-belah itu pada hujung minggu, kata pemangku Pengurus Pusat PKNS Real Estate Sdn Bhd.

Syahril Mohd Rashid menjangka kesemua 300 premis beroperasi semula bulan ini sementara menanti pengusaha dan pekerja melepasi tempoh matang dos kedua vaksin.

"Insya-Allah baki bulan yang ada tahun ini selain kebenaran tertentu dan menuju fasa endemik, kita percaya perubahan signifikan daripada segi jualan serta pengunjung," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya memantau ketat pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) pelanggan dan peniaga selaras arahan kerajaan antaranya saringan suhu di pintu masuk bangunan.

[caption id="attachment_422713" align="alignleft" width="730"] Ruang legar SACC Mall, Shah Alam pada 9 Julai 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Pengunjung yang belum lengkap suntikan vaksin juga dibenarkan masuk dengan syarat tidak membawa anak kecil masuk ke premis, menurut Syahril.

"Bagaimanapun, premis dalam bangunan misalnya restoran dan kedai gunting rambut perlu mengikut peraturan Majlis Keselamatan Negara iaitu hanya membenarkan individu lengkap dos vaksin," katanya.

Bermula Ogos, kerajaan membenarkan lebih banyak sektor dibuka bagi memastikan kelangsungan ekonomi peniaga kecil antaranya kedai cuci kereta, elektrik dan elektronik serta barangan rumah.

Turut dibenarkan kedai perabot, peralatan sukan, pakaian, fesyen dan aksesori, barang kemas, salun kecantikan, barangan fotografi, kosmetik dan penjagaan kulit serta kraftangan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619