AGENDA

Parlimen: Naik taraf parit, kolam takungan atasi banjir kilat di bandar

6 Okt 2021, 5:08 AM
Parlimen: Naik taraf parit, kolam takungan atasi banjir kilat di bandar

SHAH ALAM, 6 OKT: Kejadian banjir kilat yang semakin kerap berlaku di bandar berpunca perubahan iklim semasa, kata timbalan menteri alam sekitar dan air.

Datuk Mansor Othman berkata keputusan itu diperoleh hasil pemantauan dilakukan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Banjir kilat berlaku selepas hujan berkeamatan tinggi dan surut selepas enam jam. Sekiranya hujan melebihi reka bentuk saliran, banjir tetap berlaku walaupun tak ada halangan dalam saluran air

"Namun faktor sistem saliran serta halangan dalam saluran air dan hujan lebat turut menyumbang kejadian berkenaan," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahli parlimen Nibong Tebal itu berkata bagi mengatasi masalah banjir kilat di bandar, JPS melaksanakan beberapa langkah termasuk menyedarkan masyarakat supaya tidak membuang sampah ke dalam sistem perparitan.

“Kita sediakan pelan pengurusan lembangan sungai bersepadu, tebatan banjir dan kajian saluran induk mesra alam di bandar utama untuk dijadikan panduan pihak berkuasa tempatan (PBT)

“JPS akan sediakan garis panduan manual mesra alam selain menjalin kerjasama dengan PBT untuk mantapkan pematuhan kebenaran merancang," katanya.

Beliau berkata JPS turut memperbaiki sistem saliran menerusi kerja pembinaan dan menaik taraf infrastruktur seperti kolam takungan dan perparitan.

Pada 26 September beberapa kawasan sekitar bandar raya Shah Alam antaranya Batu Tiga, Seksyen 4, Seksyen 10, Seksyen 13 dan Seksyen 25 dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619