AGENSI

LZS tawar latihan, kerja dalam sektor ladang kepada asnaf

5 Okt 2021, 9:06 AM
LZS tawar latihan, kerja dalam sektor ladang kepada asnaf
LZS tawar latihan, kerja dalam sektor ladang kepada asnaf

SHAH ALAM, 5 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menawarkan kursus percuma kepada golongan asnaf negeri ini bagi mendapat pekerjaan dalam sektor perladangan di Sime Darby Plantation Berhad.

Agensi berkata mereka yang melengkapkan latihan selama satu hingga dua bulan berpeluang memperoleh sijil industri dan diambil bekerja dalam bidang teknikal serta operasi.

Menurutnya, latihan diberi berdasarkan modul dibangunkan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional UiTM (iCEPS) dan Sime Darby Plantation.

"Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah percuma.

"Penawaran gaji selepas latihan bermula dari RM1,200. Terdapat 5,873 kekosongan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation di seluruh negara," katanya di Facebook hari ini.

LZS berkata permohonan dibuka sepanjang tahun dan golongan asnaf berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619