AGENDA

Zuckerberg minta maaf atas gangguan kepada Facebook

5 Okt 2021, 3:18 AM
Zuckerberg minta maaf atas gangguan kepada Facebook

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Pengasas bersama Facebook Mark Zuckerberg hari ini memohon maaf kepada semua pengguna di seluruh dunia yang mengalami gangguan dalam penggunaan Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Dalam hantaran di Facebooknya, beliau berkata kesemua aplikasi tersebut ini telahpun kembali pulih secara beransur-ansur.

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini telah kembali beroperasi.

“Maaf atas gangguan yang berlaku hari ini -- Saya tahu bagaimana anda bergantung kepada perkhidmatan kami untuk berhubungan bersama mereka yang anda sayangi,” kata Zukerberg dalam hantaran tersebut.

Sementara itu WhatsApp dalam ciapan di Twitter menyatakan “Mohon maaf kepada semua yang telah tidak dapat menggunakan WhatsApp hari ini. Kami lakukan secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk membolehkan WhatsApps berfungsi semula.

Terdahulu, jutaan pengguna di seluruh dunia menghadapi masalah menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang dimiliki Facebook itu menerusi laman sesawang atau pun telefon pintar.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619