AGENDA

SUKMA: Selangor nilai semula sasaran 45 pingat emas

5 Okt 2021, 1:48 AM
SUKMA: Selangor nilai semula sasaran 45 pingat emas

SHAH ALAM, 5 OKT: Selangor menilai semula sasaran 45 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 yang dijangka tahun depan selepas tertangguh dua kali akibat Covid-19.

Ia susulan perkembangan membabitkan kontinjen antaranya kemungkinan atlet menarik diri kerana melanjutkan pelajaran, kata pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.

Mohamad Nizam Marjugi berkata penilaian dibuat berdasarkan perbincangan dengan setiap pasukan yang memulakan latihan selepas kerajaan memberi kelonggaran bagi aktiviti sukan.

"Atlet kita sudah lama berlatih bawah program gelembung sukan sebelum kelonggaran fasa tiga Pelan Pemulihan Negara. Kita mahu pastikan atlet berada pada prestasi terbaik walaupun belum ada tarikh jelas penganjuran SUKMA di Johor," katanya ketika dihubungi.

SUKMA Johor 2020 pada asalnya dijadualkan dari 11 hingga 19 Julai 2020 tetapi ditunda kepada 6 hingga 14 Mac tahun ini kerana ancaman Covid-19. Temasya itu sekali lagi ditangguh berikutan kes masih tinggi.

Selangor sebelum ini menyasarkan kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa pada kejohanan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619