ADN

KDEBWM sumbang sembilan tong sampah untuk penduduk Taman Templer

5 Okt 2021, 1:32 AM
KDEBWM sumbang sembilan tong sampah untuk penduduk Taman Templer

SHAH ALAM, 5 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbangkan sembilan tong sampah larut di perumahan sekitar Taman Templer yang menghadapi masalah kekurangan tempat pembuangan sampah.

Wakil rakyat Taman Templer Mohd Sany Hamzan berkata tujuh pangsapuri menerima sumbangan itu di Pangsapuri Julia, Selayang Mulia, Prima Selayang, One Selayang, Kota Warisan, Dahlia dan Nuri.

Bantuan turut diberi di Kampung Mahkota dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Selayang Baru.

Mohd Sany berkata kawasan terbabit sebelum ini menghadapi masalah tong sampah tidak mencukupi kerana terpaksa berkongsi dengan penduduk dari luar kawasan.

"Ada orang luar datang buang sampah di kawasan itu sehingga berlaku limpahan menyebabkan keadaan tidak selesa kepada penduduk.

"Jadi kami bangkitkan kepada KDEBWM yang bersetuju sumbang sembilan tong untuk kemudahan penduduk," katanya ketika dihubungi semalam.

Tong sampah larut itu disampaikan Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir di One Selayang.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619