AGENDA

MB kecam komen rasis ke atas pemain badminton negara

4 Okt 2021, 5:24 AM
MB kecam komen rasis ke atas pemain badminton negara

SHAH ALAM, 4 OKT: Dato' Menteri Besar mengecam sekeras-kerasnya kritikan berbaur perkauman yang ditujukan kepada pemain badminton negara S Kisona.

Dalam kenyataannya di Facebook hari ini, Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan sukan wadah penyatuan rakyat Malaysia yang wajar dihormati bersama.

"Tahniah kepada skuad badminton kebangsaan yang beraksi di Piala Sudirman 2021. Aksi dan usaha yang memberangsangkan.

"Saya turut mengecam sekeras-kerasnya kritikan berbentuk perkauman ditujukan kepada pemain kebangsaan, S Kisona. Sukan wadah penyatuan rakyat Malaysia yang wajar dihormati bersama," katanya.

Komen berbaur rasis terhadap Kisona tular di media sosial ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir.

Kenyataan itu turut mendapat kritikan Persatuan Badminton Malaysia yang menegaskan tidak akan berkompromi terhadap apa juga tindakan diskriminasi kepada pemain.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619