PBT

MPKj: Kes denggi di Hulu Langat turun lebih 80 peratus

3 Okt 2021, 10:15 AM
MPKj: Kes denggi di Hulu Langat turun lebih 80 peratus

HULU LANGAT, 3 OKT: Kes demam denggi di Hulu Langat menunjukkan penurunan lebih 80 peratus setakat September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmuddin Jemain berkata lokaliti panas wabak itu juga semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

"Kes denggi di Hulu Langat menunjukkan penurunan drastik berbanding tahun sebelum yang mana daerah ini sering mencatat kes tertinggi.

"Saya percaya faktor kurangnya kes kerana tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), masyarakat duduk di rumah dan mereka lebih prihatin untuk menjaga kebersihan persekitaran masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Semenyih Prihatin Sungai di Pekan Semenyih di sini hari ini.

Pada masa sama, Najmuddin menasihatkan orang awam agar terus kekal berwaspada dan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk membersihkan kediaman dengan memusnahkan takungan Aedes.

"Komitmen penuh dan kerjasama semua penduduk Hulu Langat amatlah diharapkan bagi memastikan kes denggi terus berkurang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619