AGENDA

19 penduduk setinggan di Gombak dapat tawaran milikan tanah

2 Okt 2021, 6:14 AM
19 penduduk setinggan di Gombak dapat tawaran milikan tanah

GOMBAK, 2 OKT: Seramai 19 penduduk setinggan sekitar daerah ini menerima tawaran milikan tanah sebagai gantian bagi membolehkan proses pembangunan dibuat.

Serahan Notis 5A oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari sempena program turun padangnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di sini hari ini.

Amirudin berkata tawaran membabitkan 10 penduduk Kampung Sungai Tua manakala baki dari Kampung Bendahara yang diberikan tanah gantian di Kuang dan Batu Arang.

"Hari ini kita bantu selesaikan pemilikan setinggan penduduk Sungai Tua. Mereka tinggal di tebing sungai jadi kerap dilanda banjir.

"Untuk penduduk Kampung Bendahara pula, tanah mereka akan diambil alih untuk pembangunan semula oleh Kerajaan Negeri atau bergantung kepada pelan pembangunan selepas ini," katanya.

Dalam majlis itu, Amirudin turut menyerahkan sumbangan kepada lebih 20 pelajar di DUN tersebut yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.

"Pelajar yang mendapat 9A diberikan komputer riba dan wang tunai manakala keputusan 7A serta 8A diberikan wang tunai," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619