AGENDA

Remaja lelaki tidak sabar kembali ke sekolah selepas divaksin

1 Okt 2021, 8:57 AM
Remaja lelaki tidak sabar kembali ke sekolah selepas divaksin
Remaja lelaki tidak sabar kembali ke sekolah selepas divaksin
Remaja lelaki tidak sabar kembali ke sekolah selepas divaksin
Remaja lelaki tidak sabar kembali ke sekolah selepas divaksin

BANGI, 1 OKT: Seorang remaja lelaki yang menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja tidak sabar untuk kembali ke sekolah seperti sebelum pandemik Covid-19.

Ahmad Amin Othman, 16, yang selesai menerima dos pertama mengakui jemu mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan sehingga menjejaskan prestasi.

[caption id="attachment_489828" align="alignleft" width="245"] Ahmad Amin Othman[/caption]

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi berkata dia juga rindu untuk melakukan aktiviti seperti bersukan di sekolah bersama rakan sekelas.

"Saya gembira apabila kerajaan mengumumkan remaja usia 12 hingga 17 tahun layak divaksin yang memberi petanda bahawa sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Lagipun bila duduk rumah lama sangat, rasa rindu nak ke sekolah berjumpa kawan-kawan.

"Paling penting boleh belajar dalam kelas, selama ini tidak dapat fokus belajar dalam talian. Adakalanya kena marah dengan guru gara-gara lambat masuk disebabkan gangguan internet," katanya yang juga anak yatim.

[caption id="attachment_489829" align="alignright" width="282"] Aishah Elysa Mohamad Rosli[/caption]

Anak bongsu daripada empat beradik itu antara 4,000 remaja sekitar Hulu Langat yang disasarkan menerima pelalian Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue semalam.

Sementara itu, pelajar aliran perakaunan di sekolah sama, Aishah Elysa Mohamad Rosli, 16, berkata meskipun takut jarum namun tetap bersemangat mengambil vaksin demi memastikan diri dilindungi daripada jangkitan Covid-19.

[caption id="attachment_489830" align="alignleft" width="282"] Esther Low Pui Ting[/caption]

"Sebelum datang saya rasa sangat berdebar sebab dari kecil memang takut dengan jarum suntikan, tetapi ibu bapa beri dorongan kepada saya selain mengambil pendekatan untuk tidak fikir negatif," katanya.

Ashley Tok Pei Ye, 16, pula bersepakat untuk hadir menerima vaksin bersama kawan karibnya Esther Low Pui Ting bagi melepaskan kerinduan selepas hampir enam bulan tidak bersua-muka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619