ADN

DUN Pelabuhan Klang terima 700 kotak makanan asas sumbangan MB

1 Okt 2021, 12:43 AM
DUN Pelabuhan Klang terima 700 kotak makanan asas sumbangan MB

SHAH ALAM, 1 OKT: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang menerima 700 kotak makanan asas sumbangan Pejabat Dato' Menteri Besar semalam.

Wakil Rakyatnya Azmizam Zaman Huri berkata barangan itu merangkumi beras, minyak masak, mi segera, tepung, gula, sardin, susu pekat dan kicap.

"Terima kasih kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari kerana menyumbangkan bantuan makanan asas untuk penduduk yang memerlukan di kawasan Pelabuhan Klang.

"Alhamdulillah, bantuan selesai diagihkan oleh beberapa wakil saya kepada penerima yang layak dan terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Semoga ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka," katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, Azmizam mengalu-alukan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO), organisasi atau individu yang mahu menyumbang barangan keperluan asas dengan hadir ke pusat khidmatnya.

"Kita menggalakkan mereka yang mahu menyumbang hadir ke pusat khidmat... bantuan sentiasa diagihkan dari semasa ke semasa kerana kita tidak mahu ada keluarga yang terputus bekalan makanan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619