AGENSI

Dua lagi wakil rakyat negeri sertai Sahabat Perkeso Prihatin

6 Sep 2021, 8:48 AM
Dua lagi wakil rakyat negeri sertai Sahabat Perkeso Prihatin
Dua lagi wakil rakyat negeri sertai Sahabat Perkeso Prihatin

SHAH ALAM, 6 SEPT: Dua lagi wakil rakyat negeri menyertai Sahabat Pertubuhan Kebajikan Sosial (Perkeso) Prihatin bagi memudahkan urusan pencarum menuntut manfaat.

Pengarah Perkeso Selangor Zainol Abu berkata pemimpin tersebut ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia Halimey Abu Bakar dan ADN Kuala Selangor Juwairiya Zulkifli.

Beliau menjelaskan penglibatan ramai wakil rakyat mempercepat urusan membuat tuntutan berikutan masyarakat sering hadir ke pusat khidmat untuk meminta bantuan.

[caption id="attachment_485434" align="alignleft" width="356"] Pengarah Perkeso Selangor Zainol Abu[/caption]

"Sejak kerjasama dua wakil rakyat iaitu ADN Kota Damansara Shatiri Mansor dan ADN Batu Tiga Rodziah Ismail, sebanyak enam kes berjaya diselesaikan," katanya ketika dihubungi.

Zainol turut berharap lebih ramai ADN terlibat dalam program itu berikutan hampir 80 peratus penduduk Selangor bekerja dan terdedah risiko kehilangan nyawa.

"ADN yang berminat akan diberi taklimat dan hanya perlu memuat naik aplikasi Sahabat Perkeso Prihatin serta menyalur maklumat penduduk bermasalah termasuk membabitkan kematian," katanya.

Kerjasama Perkeso dan wakil rakyat negeri ini memudahkan urusan membantu pencarum berikutan ada yang tidak tahu kaedah mendapat pampasan jika berlaku kejadian tidak diingini.

Pada 29 Ogos, Zainol berkata Perkeso membayar lebih RM3 juta pampasan kepada pekerja di negeri ini yang dijangkiti Covid-19 atau waris mereka bagi kes melibatkan kematian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619