BERITA UTAMA

Bukit Malawati, Sky Mirror antara lokasi popular bakal dinaik taraf

5 Sep 2021, 11:07 AM
Bukit Malawati, Sky Mirror antara lokasi popular bakal dinaik taraf

SHAH ALAM, 5 SEPT: Projek menaik taraf beberapa pusat pelancongan sekitar Kuala Selangor tersedia dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Malawati, kata yang dipertuanya.

Rahilah Rahmat berkata cadangan penambahbaikan membabitkan Bukit Malawati, Sungai Selangor, Kelip-Kelip, Taman Alam dan Sky Mirror, hasil perbincangan bersama penduduk setempat.

"Kawasan tersebut merupakan lokasi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi menaik taraf kawasan itu, langkah pertama dibuat dengan menyediakan RKK Bandar Malawati Kuala Selangor.

"Bagaimanapun, jumlah peruntukan yang akan dibelanjakan bergantung kepada kemampuan kewangan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)," katanya dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan Dataran Malawati di Pekan Lama Kuala Selangor dengan reka bentuk universal selesai dinaik taraf bawah rancangan berkenaan untuk kegunaan orang awam khususnya pelancong luar.

Rahilah berkata Unit Pelancongan MPKS juga giat mempromosi produk pelancongan semula jadi melalui media sosial bagi menarik kedatangan orang ramai sebaik pandemik pulih.

Dalam kenyataan sama, beliau menjangka sebanyak 21 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di persimpangan jalan utama dan lokasi tumpuan awam, awal tahun depan.

"Tujuan pemasangan untuk mengesan arus trafik ketika waktu puncak dan data tersebut dapat menganalisis kecekapan tempoh masa lampu isyarat di persimpangan jalan yang terlibat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619