AGENSI

Yide bantu lima waris pesakit dialisis maut akibat Covid-19

3 Sep 2021, 12:01 PM
Yide bantu lima waris pesakit dialisis maut akibat Covid-19

SHAH ALAM, 3 SEPT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) semalam menyumbang sejumlah wang tunai dan barang keperluan asas kepada lima keluarga pesakit dialisis yang maut akibat Covid-19.

Pengurus operasi bahagian kebajikan dan publisitinya berkata sumbangan pelbagai pihak itu diserahkan kepada tiga waris yang tinggal di Klang manakala masing-masing satu di Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

"Yide mengucapkan takziah kepada keluarga ini atas pemergian insan yang tersayang dan terima kasih semua penyumbang atas bantuan disalurkan," kata Md Arifin Jaafar dalam kenyataan.

Beliau berkata yayasan tersebut mengalukan orang ramai menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai kumpulan sasar dapat dibantu.

Menurutnya, proses itu boleh dibuat melalui platform digital https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ atau pindahan wang dalam talian di akaun Bank Islam Yide (12234010007330).

"Setiap sumbangan layak mendapat pelepasan cukai di bawah subseksyen 44(6) akta cukai pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yide," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619