AGENSI

Sukarelawan Selangor pastikan misi bantuan mangsa bencana di Yan lancar

2 Sep 2021, 3:30 AM
Sukarelawan Selangor pastikan misi bantuan mangsa bencana di Yan lancar
Sukarelawan Selangor pastikan misi bantuan mangsa bencana di Yan lancar

YAN BESAR, 2 SEPT: Misi bantuan Sukarelawan Selangor (SERVE) membuat perancangan rapi bagi memastikan kelancaran bantuan kepada penduduk Yan, Kedah yang terjejas akibat fenomena kepala air minggu lalu.

Ketua misi bantuan Ahmad Danish Hairudin berkata pihaknya menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Yan supaya bantuan sampai kepada penduduk selain sumbangan diberi bertepatan dengan keperluan mangsa bencana.

"Kita telah pergi ke dua kampung iaitu Titi Teras dan Kampung Teroi dalam mengagihkan bantuan bakul makanan, keperluan beribadah dan set dapur.

"Selain itu kita menerima maklumat mengatakan penduduk memerlukan air bersih kerana di sini amat terhad. Oleh itu kita membawa sebanyak 1,000 botol air (lima liter setiap satu) untuk diberikan kepada penduduk," katanya ketika ditemui pada Misi Bantuan Kerajaan Selangor di Yan, Kedah.

[caption id="attachment_485965" align="alignleft" width="273"] Sukarelawan Selangor (SERVE) Awalluddin Shariff. [/caption]

Sementara itu, sukarelawan Awalluddin Shariff, 33, berkata beliau teruja kerana dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana fenomena kepala air yang melanda penduduk pada 18 Ogos.

"Ini merupakan misi kedua dan bagi saya kali ini berbeza kerana bantuan kemanusiaan dalam waktu PKP dan untuk bertemu penduduk amat terhad selain perlu kekal menjaga SOP.

"Rata-rata penduduk menghargai kehadiran sukarelawan dan berterima kasih dengan bantuan. Mereka juga mengajak kami singgah ke rumah tetapi terpaksa menolak bagi mengelakkan penularan Covid-19," katanya.

SERVE adalah kesinambungan Penggerak Belia Selangor (PeBS) dan terbuka kepada individu berusia 36 tahun ke atas dan berbanding PeBS yang mengehadkan kelayakan umur individu berusia 18 hingga 35 tahun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619