AGENSI

Jurusuntik nasihat elak baju ketat ketika cucuk vaksin

1 Sep 2021, 5:00 AM
Jurusuntik nasihat elak baju ketat ketika cucuk vaksin
Jurusuntik nasihat elak baju ketat ketika cucuk vaksin

PETALING JAYA, 1 SEPT: Orang ramai dinasihati mengenakan pakaian sesuai dan longgar ketika mengambil pelalian bagi melancarkan proses suntikan.

Jurusuntik Mohd Haniss Zulkifli, 32, berkata pakaian terlalu ketat atau berlapis-lapis menyukarkan petugas selain akan mengambil masa lama.

"Ingin saya tekankan kepada orang ramai supaya pakai baju sesuai dan tidak ketat kerana tindakan sedemikian hanya akan menyusahkan petugas.

"Kita tidak mahu selak sendiri baju ke pangkal bahu sebab bimbang terlalu terdedah. Bagi wanita disarankan pakai baju yang boleh buka zip, maknanya aurat masih terjaga," katanya ditemui di Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya di sini semalam.

[caption id="attachment_485819" align="alignright" width="327"] Wong Seon Li, 27[/caption]

Bekas jururawat Hospital Sungai Buloh itu turut meminta orang ramai hadir mengikut janji temu bagi mengelak kesesakan di pusat pemberian vaksin (PPV).

"Elak datang saat akhir kerana akan menimbulkan suasana kelam-kabut dan pastikan bawa dokumen diperlukan," katanya yang berdaftar bawah unit sukarelawan Covid-19, DOC2US sejak awal Mei.

Sukarelawan Wong Seon Li, 21, berkata banyak pengalaman ditimba sepanjang bertugas di ruang pemerhatian PPV terbabit meskipun baru sebulan bertugas.

Penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman jurusan perubatan itu juga sanggup mengorbankan cuti semester demi menyumbang khidmat kepada masyarakat.

"Banyak benda saya belajar khususnya cara berkomunikasi dengan masyarakat berbilang kaum dan bangsa kerana ramai juga dalam kalangan mereka (penerima vaksin) tidak fasih berbahasa Melayu.

"Saya seronok bekerja dalam pasukan, masing-masing mempunyai semangat kerjasama dan saling bantu antara satu sama lain. Kami tidak mengharapkan bayaran tetapi syukur masih diberi upah," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619