AGENDA

Sasar 2,000 ekar ladang tani moden setahun, lahir usahawan muda

1 Sep 2021, 12:20 AM
Sasar 2,000 ekar ladang tani moden setahun, lahir usahawan muda

SHAH ALAM, 1 SEPT: Kerajaan Negeri menyasarkan untuk membangunkan ladang pertanian moden seluas 2,000 ekar setahun sebagai salah satu usaha melahirkan usahawan tani muda.

EXCO Pertanian Ir Izham Hashim berkata kaedah tersebut membolehkan petani dibimbing oleh pakar terlatih atau pemain industri yang telah berjaya sekaligus melahirkan kelompok usahawan tani baharu.

"Di Bukit Changgang kita sudah mulakan projek 30 ekar, di Sungai Air Tawar pula 120 ekar. Kita juga memulakan projek di Sungai Panjang menerusi program Smart Selangor Agro Park yang melibatkan kerjasama pemain besar industri.

"Jadi tanggungjawab syarikat-syarikat besar ini adalah untuk membimbing usahawan kecil dari segi pembangunan pertanian," katanya dalam bual bicara bertajuk `Membangun negeri, menyambung merdeka' menerusi platform Media Selangor malam tadi.

Izham turut meyakini kadar kejayaan program tersebut lebih tinggi berbanding konsep seseorang usahawan tani mengusahakannya sendiri tanpa dibimbing.

"Sebagai contoh `syarikat A' ada kepakaran dalam menanam dan mengeksport pisang, jadi kita beri 100 ekar di mana 70 ekar syarikat itu akan buat sendiri manakala 30 ekar lagi kita agih kepada beberapa usahawan tani baharu.

"'Syarikat besar ini bertanggungjawab membimbing mereka bermula kaedah benih, tanaman, pembajaan, kawalan serangga dan seterusnya membeli produk mereka untuk dieksport," katanya.

"Kaedah baharu ini akan beri hasil berbanding kaedah lama iaitu beri duit, tanah dan mereka usahakan sendiri yang kadar kejayaannya rendah," katanya.

Program jaminan bekalan makanan antara 25 inisiatif Kerajaan Negeri dalam Pakej Kita Selangor 2.0 memfokus merancakkan sektor pertanian agro makanan, kecekapan rantaian bekalan dan melahirkan 1,000 agropreneur dalam lima tahun.

Program itu akan menyediakan tanah, modal pusingan dan bimbingan bagi menarik peserta terbabit untuk menjadi usahawan tani

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619