AGENSI

Mahmud Abbas ketuai PKNS berkuat kuasa esok

30 Sep 2021, 11:04 AM
Mahmud Abbas ketuai PKNS berkuat kuasa esok

SHAH ALAM, 30 SEPT: Dato’ Mahmud Abbas dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baharu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkuat kuasa 1 Oktober.

Mantan pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal itu menggantikan penyandang terdahulu Siti Zubaidah Abd Jabar yang bersara pada 10 Ogos.

PKNS dalam kenyataan berkata Mahmud berperanan dalam pembangunan strategik sekitar Selangor selain mendukung aspirasi Kerajaan Negeri meningkatkan taraf sosio-ekonomi.

"Sebelum dilantik mengetuai PKNS, Mahmud berpengalaman lebih 30 tahun dalam korporat khususnya hartanah dan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat tersenarai awam Knowledge Economic City di Madinah," kata syarikat hartanah itu.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Brighton juga pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan Central Spectrum Sdn Bhd selama tujuh tahun.

Sumbangan dan khidmat cemerlangnya melayakkan beliau menerima pelbagai anugerah peribadi antaranya Chief Executive of the Year 2017 daripada Selangor Excellence Business Awards.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619