AGENDA

Putrajaya diminta tambah baik pengangkutan awam luar bandar

30 Sep 2021, 10:44 AM
Putrajaya diminta tambah baik pengangkutan awam luar bandar

SHAH ALAM, 3O SEPT: Putrajaya diminta meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), gesa ahli Parlimen Hulu Selangor.

June Leow Hsiad Hui berkata kualiti kemudahan itu yang tidak memuaskan menyebabkan ramai penduduk menggunakan kenderaan sendiri untuk berulang alik ke tempat kerja di bandar.

Beliau menjelaskan faktor lain berpunca daripada kekurangan perjalanan dan sambungan laluan terhad.

"Keadaan berbeza terutama di Kuala Lumpur yang memiliki akses pengangkutan awam, sudah tiba masanya kerajaan memperbaiki kemudahan itu di luar bandar seperti Hulu Selangor dalam RMK12.

"Tingkatkan kecekapan pengangkutan awam supaya budaya penggunaan pengangkutan awam dapat disemai dalam kalangan penduduk luar bandar," katanya dalam perbahasan RMK12 di Parlimen hari ini.

June Leow turut membangkitkan kebimbangan ibu bapa berhubung keselamatan anak remaja mereka dalam program suntikan vaksin yang dimulakan sejak 20 September.

"Mereka takut menandatangani borang kebenaran kerana ada dinyatakan risiko pengambilan vaksin ditanggung ibu bapa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619