PBT

MPSepang: 268 jenazah mangsa Covid-19 dikebumi di Raudhatul Baqi'

30 Sep 2021, 8:34 AM
MPSepang: 268 jenazah mangsa Covid-19 dikebumi di Raudhatul Baqi'

SHAH ALAM, 30 SEPT: Seramai 268 jenazah pesakit Covid-19 telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi' Cyberjaya di sini sejak 31 Julai sehingga Isnin lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) Dato' Abd Hamid Hussain berkata daripada jumlah itu 153 jenazah adalah lelaki dan 115 wanita.

"Seramai 132 jenazah adalah rakyat Malaysia manakala 137 lagi warga asing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menurutnya jumlah pengurusan pembakaran mayat mangsa Covid-19 terkumpul di Krematorium Sepang, Tanah Perkuburan Bersepadu sejak 9 Ogos sehingga Isnin lalu adalah 93 orang.

"Ia melibatkan mayat pesakit lelaki seramai 66 orang dan 27 wanita," katanya.

Beliau menjelaskan krematorium Sepang telah beroperasi selama 51 hari iaitu bermula 9 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619