PBT

MPSepang periksa tahap patuh SOP 38 pasar sari, malam

30 Sep 2021, 7:38 AM
MPSepang periksa tahap patuh SOP 38 pasar sari, malam

SHAH ALAM, 30 SEPT: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) menjalankan pemeriksaan tatacara operasi piawai (SOP) di 38 pasar sari dan malam sekitarnya sejak 11 September hingga Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya Dato' Abd Hamid Hussain berkata pemantauan itu dibuat bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi syarat dan SOP.

"Kita tidak membenarkan orang awam yang belum lengkap dos vaksin termasuk remaja bawah 17 tahun tanpa penjaga hadir ke pasar sari atau malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Abd Hamid berkata operasi pemantauan terhadap semua pasar awam juga kerap dilaksana termasuk program saringan Covid-19 secara berkala dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah.

Beliau menegaskan mana-mana individu yang gagal membuat saringan di bawah program tersebut wajib melakukan saringan ujian polimeras masa nyata (RT-PCR) di klinik swasta seterusnya mengemukakan keputusan kepada penguat kuasa sebelum memulakan perniagaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619